Monday, February 8, 2010

REMEMBERANCE of AL-QUDS

5 feb lalu iaitu jumaat malam lalu.. aku tlh menyertai satu  ceramah tentang memperingati al-Quds di surau Munawarah Tadisma. Ceramah itu tlh disampaikan oleh DR Zainur yg merupakan seorang pensyarah di IMU. Ceramah ini telah memperikan banyak input dan kesedaran kepadaku ttg betapa pentingnya masjid al-Aqsa iaitu merupakan tanah suci umat islam yg ketiga..

Sebagai umat Islam, isu Palestin merupakan isu Akidah yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Kiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah.

Hari ini Palestin berada dalam tangan musuh Islam, Zionis “Israel” yang telah merampasnya dari tangan umat Islam. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan,  dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

21 ogos? 

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan kita, seluruh lapisan Ummah—pemilik tanah Palestin yang sah. Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.

jesteru itu, marilak kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal yang boleh dilakukan dengan mengoptimakan kemahiran dan sumber yang ada demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin. Semoga usaha kerdil kita demi mewujudkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin diberkatiNya. Islami Ya Quds! 

'Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang berkorban demi Islam dan berusaha keras mempertahankan Islam, tanahairnya, kesucian dan maruahnya dan umatnya. Amin.'